Want to make creations as awesome as this one?

Atribut Graduan UTM adalah atribut yang ditetapkan oleh UTM bagi semua graduannya. Atribut ini bertindak sebagai hasil pembelajaran yang diharapkan daripada semua graduan.

Transcript

ATRIBUT GRADUAN UTM 2017

ATRIBUT GRADUAN UTM

  • CS1 Kebolehan menyampaikan idea secara bertulis dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan.
  • CS2 Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan.
  • CS3 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
  • CS4 Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
  • CS5 Kebolehan menggunakan pelbagai alat multi media dalam pembentangan.
  • CS6 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
  • CS7 Kebolehan berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai budaya dan latar belakang berlainan.
  • CS8 Kebolehan berinteraksi dengan menggunakan bahasa ketiga. (Kebolehan menggunakan kemahiran bahasa ketiga dalam komunikasi seharian)

Kemahiran Berkomunikasi

  • TH1 Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi.
  • TH2 Kebolehan mengembangkan dan mengolah idea dalam perbincangan.
  • TH3 Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif secara kreatif.
  • TH4 Kebolehan berfikir melangkaui paradigma (outside the box).
  • TH5 Kebolehan berfikir secara kritis.
  • TH6 Kebolehan berfikir secara holistik dan sistematik.

Kemahiran Berfikir

  • SC1 Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
  • SC2 Kebolehan menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
  • SC3 Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
  • SC4 Kebolehan menggunakan kaedah penyelidikan yang sistematik.

Kesarjanaan

  • TW1 Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerjasama untuk mencapai objektif kumpulan.
  • TW2 Kebolehan memimpin dan mempengaruhi ahli kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
  • TW3 Kebolehan mengenali serta menghormati pandangan, sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
  • TW4 Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

  • AD1 Kebolehan menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran baharu.
  • AD2 Kebolehan mengenal pasti potensi diri dan persekitaran untuk penambahbaikan.
  • AD3 Kebolehan menyesuaikan penyelesaian yang diketahui dalam situasi baharu.
  • AD4 Kebolehan memulakan dan melaksanakan perubahan.
  • AD5 Kebolehan bekerja secara berkesan dalam suasana yang mencabar.

Kebolehsesuaian

  • GC1 Mempunyai kerohanian mantap, penyayang dan prihatin.
  • GC2 Mengetahui isu kontemporari dunia sejagat.
  • GC3 Kebolehan mengamalkan sikap beretika dalam penyelesaian masalah dan hubungan dengan masyarakat.
  • GC4 Kebolehan mengamalkan sikap profesionalisme dalam melaksanakan tugas.
  • GC5 Kebolehan memahami kesan sosiobudaya, ekonomi, politik dan alam sekitar dalam amalan profesional.
  • GC6 Mengutamakan prinsip kelestarian dalam tindakan dan membuat keputusan.

Warga Global

  • ES1 Kebolehan mengenal pasti peluang (termasuk perniagaan).
  • ES 2 Kebolehan mengguna kaedah inovatif dalam menangani isu yang dihadapi.
  • ES 3 Berani mengambil risiko.
  • ES 4 Kebolehan menggunakan minda keusahawanan dalam menangani permasalahan.
  • ES 5 Berfokus dan tidak mudah putus asa.
  • ES 6 Kebolehan untuk bertindak secara efektif dan imaginatif dalam suasana yang sukar.

Berdaya Usaha

Selamat Maju Jaya!