
Walaupun pesakit menghidap penyakit berjangkit Covid-19, kakitangan kesihatan tidak pernah mengabaikan mereka dan sentiasa cuba untuk memenuhi permintaan pesakit.
Urus kebajikan pesakit
Tunai permintaan pesakit
Kawal emosi pesakit
CABARAN
Pryma berkata, cabaran terbesar yang dihadapinya semasa pandemik ini adalah dari segi kawalan emosi selain penjagaan rawatan pesakit.

“Saya berasa lagi sedih apabila lebih ramai golongan muda yang masuk ICU kerana ada di antara mereka yang baru habis belajar dan menjadi harapan ibu bapa namun meninggal akibat Covid-19. Ada juga yang baru berkahwin dan merupakan pencari nafkah buat keluarga,” katanya.
Pryma berkata, apa yang lebih menyedihkan kini adalah 80 peratus kemasukan hospital di ICU PPUM dipenuhi golongan lebih muda berumur 23 hingga 50 tahun, berbeza dengan fasa pertama dan kedua Covid-19 dulu yang mana wad berkenaan dipenuhi oleh warga emas.

Ramai mangsa golongan muda
Tidak boleh lihat jenazah
Komunikasi secara maya

“Kamilah yang menangis bersama mereka setiap kali bertugas untuk memberitahu ahli keluarga tentang keadaan pesakit. Walaupun kami memakai peralatan perlindungan diri (PPE) di sebalik itu, kami sebak apabila mendengar komunikasi antara ibu dan anak atau isteri dan suami,” katanya kepada Sinar Premium.
“Saya rasa kematian akibat Covid-19 yang paling sedih kerana apabila masuk sahaja di hospital, pesakit hanya boleh berkomunikasi secara maya dan apabila mereka meninggal, waris masih tidak dapat melihat jenazah. Oleh itu, jika boleh semua tidak mahu mati disebabkan Covid-19.
Begitulah luahan perasaan Ketua Jururawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pryma Baskaran, 50, apabila bercerita tentang pengalaman sedih beliau selama menjadi kakitangan yang merawat pesakit Covid-19 sejak fasa pertama tahun lalu.
KEMATIAN merupakan satu kejadian yang sangat menyedihkan kepada ahli keluarga, namun dijemput ajal akibat Covid-19 merupakan detik paling menyayat hati apabila waris tidak dibenarkan untuk melawat dan mendekati pesakit.
SITUASI SEDIH WAD ICU
‘Minta makan, bantu solat, panggil peguam! Kami cuba penuhi semua permintaan pesakit’
