Full screen

Share

Show pages

Start
Penyelia:
Dr. Abdul Jalil Ali
PGT434 
PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH
NURUL SHAHRIFAH AFI1QUAH BINTI ABDUL LATF
136482
NADIAH BINTI AMRAN
136870
AISAH BINTI EMRAN
136335
NURUL ZUHEINNA BINTI TAN TECK FUI
136485
MOHLIZA BINTI MD ALI
136388
IBNU SANY BIN SAMSULBAHRI 
136361
TINGKAH LAKU 
LUCAH 
Want to make interactive content? It’s easy in Genially!

Over 30 million people build interactive content in Genially.

Check out what others have designed:

Transcript

TINGKAH LAKU LUCAH

IBNU SANY BIN SAMSULBAHRI 136361

MOHLIZA BINTI MD ALI136388

NURUL ZUHEINNA BINTI TAN TECK FUI136485

AISAH BINTI EMRAN136335

NADIAH BINTI AMRAN136870

NURUL SHAHRIFAH AFI1QUAH BINTI ABDUL LATF136482

PGT434 PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

Penyelia:Dr. Abdul Jalil Ali

Start

TINGKAH LAKU LUCAH

PENGENALAN

JENIS TINGKAH LAKU LUCAH & PROSEDUR MENANGANI

STATISTIK

PUNCA-PUNCA

KESAN-KESAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

AKTIVITI

VIDEO

Sekian

rujukan

PENGENALAN

Tingkah laku menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah kelakuan atau gerak-geri. Dalam konteks tingkah laku di sekolah, tingkah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku baik dan tingkah laku bermasalah. Tingkah laku bermasalah bermaksud sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana boleh menghalang kelancaran dan kelinciran proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif juga boleh dikategorikan kepada banyak bahagian. Antara contoh tingkah laku negatif di sekolah ialah tingkah laku lucah.

Tingkah laku lucah apabila dikaitkan dengan masalah remaja, maka dirujuk sebagai perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Remaja adalah golongan yang mudah terjebak dalam tingkah laku lucah, keadaan ini dapat dibuktikan daripada laporan Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Dorex pada tahun 2002 ke atas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18-30 tahun tanpa mengira bangsa. Dapatan kajian mendapati bahawa, remaja yang berumur 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Hal ini kerana, pada tahap umur 18 hingga 24 tahun, emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka mudah terdorong dengan dorongan ke arah memenuhi keinginan seks ini.

Masalah yang paling utama daripada masalah seksual remaja ini adalah disebabkan kesediaan remaja itu sendiri terhadap kesan daripada aktiviti seks tersebut sedangkan mereka masih lagi tidak bersedia daripada segi fizikal, mental dan ekonomi (Sari Banun & Soedijono, 2013).

Home

JENIS TINGKAH LAKU LUCAH & PROSEDUR MENANGANI

Membaca, menunjukkan dan menyebarkan bahan-bahan & gambar-gambar lucah

Prosedur menangani:

  1. Dirampas dan disimpan sebagai bukti
  2. Memberi amaran/teguran
  3. Makluman kepada ibubapa tentang tingkah laku anak
  4. Merotan tujuan untuk mendisiplinkan
  5. Rujuk kepada guru agama/guru kaunseling

Membawa pita video lucah dan kaset lucah

Prosedur menangani:

  1. Merampas
  2. Simpan berlakri
  3. Memberi amaran keras
  4. Makluman kepada ibubapa
  5. Merotan
  6. Rujuk kepada guru agama/kaunseling

Mengintai

Prosedur menangani:

  1. Amaran
  2. Rujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling/guru agama
  3. Pengakuan diri- rakaman/bertulis
  4. Surat kepada waris
  5. Surat perjanjian
  6. Gantung sekolah

Bercumbuan dalam kawasan sekolah

Prosedur menangani:

  1. Amaran
  2. Rujuk kepada guru bimbingan & kaunseling/agama
  3. Lapor kepada waris
  4. Surat perjanjian
  5. Dicadang bertukar sekolah
  6. Gantung sekolah atau buang sekolah

Bohsiah, bohjan, pelacuran dan hamil

Prosedur menangani:

  1. Hubungi waris/ibubapa
  2. Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat
  3. Rujuk Pengarah Pelajaran

Meraba dan memeluk pelajar perempuan

Prosedur menangani:

  1. Gantung/buang sekolah
  2. Maklumkan kepada ibubapa(telefon/surat)
  3. Rotan
  4. Surat jamin diri
  5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

Menconteng dan melukis kata-kata lucah

Prosedur menangani:

  1. Gantung/buang sekolah
  2. Maklumkan kepada ibubapa(telefon/surat)
  3. Rotan
  4. Surat jamin diri
  5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

Home

Menganggu pelajar perempuan

menangani:

  1. Disoal siasat
  2. Nasihat dan amaran
  3. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

Berkhalwat dan denda mahkamah

Prosedur menangani:

  1. Rujuk kepada Pengarah Pelajaran

STATISTIK

Home

VIDEO

KLIK DAN TONTON

KLIK DAN TONTON

Home

PUNCA-PUNCA

Home

Pengaruh teknologi

  • Berlaku penyalahgunaan teknologi dalam kalangan pelajar.
  • Penggunaan gajet seperti telefon bimbit dan komputer yang disalahgunakan memudahkan pelajar untuk berkongsi dan memuat turun video-video dan gambar-gambar lucah dan disebarkan.
  • Perkongsian juga boleh dilakukan melalui aplikasi whatsapp, telegram, facebook dan sebagainya.
  • Capaian internet yang mudah dan tanpa kawalan membolehkan pelajar mengakses laman-laman web lucah dan berunsurkan pornografi.
  • Laman- laman web pornografi mempersembahkan segala perilaku seks sama ada secaranormal ataupun tidak normal dan kebanyakan laman web sebegini boleh dilayari dengan percuma (Harley Hahn’s, 2002).
  • Pelajar akan ketagih untuk melihat bahan-bahan lucah lalu mendorong mereka untuk terjebak dalam salah laku lucah yang lain seperti melakukan hubungan seks, aktiviti pelacuran dan merogol.

Ibu bapa

  • Kegagalan institusi kekeluargaan seperti kecuaian ibu bapa mendidik anak-anak akan menjerumuskan anak-anak ke arah kehidupan sosial yang tidak sihat seperti sumbang mahram, lari dari rumah dan gejala hubungan seks.
  • Ibu bapa gagal menjalinkan hubungan yang baik bersama anak-anak menyebabkan masalah kekecewaan dan tekanan psikologikal kepada anak-anak kesannya mereka mudah terjebak dalam perkara-perkara negatif.
  • Disokong oleh Mahmood (1993) yang menyatakan bahawa tingkah laku negatif dalam kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal.
  • Kurang pemantauan dan perhatian daripada ibu bapa terhadap aktiviti dan perkembangan anak-anak.
  • Kesannya, anak-anak khususnya dalam kalangan remaja merasakan bebas untuk melalukan apa sahaja termasuklah melibatkan diri dalam salah laku lucah.

Rakan sebaya

  • Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang sangat mempengaruhi pelajar terlibat dengan hubungan seks (Mohamad Faizal Mohammad & Mohd Zaki Ishak, 2014).
  • Hal ini demikian kerana, rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat dengan pelajar khususnya di peringkat remaja.
  • Kajian daripada Mohd Shatar (2003), yang menyatakan bahawa ada diantara remaja terpaksa meniru prilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut walaupun perkara itu ternyata salah.
  • Rakan sebaya yang tidak baik akan mendorong pelajar untuk melakukan perkara negatif seperti terlibat dalam salah laku lucah.
  • Perkara negatif seperti perlakuan lucah menjadi perkara yang biasa bagi mereka meskipun bertentangan dengan norma masyarakat.

Pergaulan bebas

  • Menurut O’Sullivan et al. (2006) pada usia awal remaja mereka akan cenderung memiliki perasaan tertarik kepada individu berlainan jantina sehingga mewujudkan keinginan untuk bercinta dan berintimasi.
  • Jika seorang remaja tidak dapat mengawal keinginannya maka mereka akan terjerumus ke dalam ‘budaya bercouple’ dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Budaya bercouple ini akan menyebabkan terhakisnya perasaan malu antara pasangan ekoran wujudnya perasaan suka dan sayang yang mendalam. Kesannya, pelajar wanita dan lelaki tidak akan segan silu untuk bersentuhan dan melakukan tingkah laku yang tidak sopan. Oleh itu, Pergaulan bebas antara mereka ini akan mengheret mereka kepada tingkah laku lucah yang lebih serius.
  • Budaya hedonisma di bandar juga merupakan faktor kepada pergaulan bebas, aktiviti ‘Clubbing’ di pusat hiburan turut melibatkan pelajar sekolah. Percampuran secara bebas antara pelajar lelaki dan wanita di club tersebut akan mengundang kepada tingkah laku seks apabila mereka berada di bawah pengaruh alkohol, pil khayal dan dadah.

Ketidakstabilan emosi

  • G. Stanley Hall dalam Santrock (2005) mengatakan remaja akan melalui satu zaman yang penuh dengan gelora, remaja akan melalui peringkat “Storm and Stress” iaitu masa yang penuh kekeliruan, kesedihan dan konflik.
  • Remaja mengalami banyak masalah perubahan emosi, kebolehan kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri, krisis identiti dan konflik autonomi. Hal ini mengakibatkan wujud keraguan dalam diri pelajar apabila ingin mencuba perkara baru dalam kehidupan. Ekoran daripada itu, mereka tidak dapat mengendalikan emosi dengan baik dan rasional sehingga mudah mengalami perasaan marah, sedih, gelisah, takut, gembira dan risau. (Myhealth, 2017).
  • Bagi pelajar yang tidak mampu menangani emosi ini dengan baik mereka akan mengambil jalan mudah untuk keluar daripada tekanan tersebut. Akhirnya, pelajar akan mencari rangsangan yang boleh menenangkan emosi mereka seperti menonton unsur pornografi dan terjerumus dalam seks bebas ataupun masalah sosial yang lain. (Myhealth, 2017).

Penghayatan agama yang rendah

  • Penghayatan agama dalam diri seseorang individu di lihat mampu menolak perlakuan negatif dan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama (Robiah, 2001). Ini bermaksud semakin tinggi penghayatan agama seseorang semakin takut mereka untuk melakukan sebarang dosa.
  • Namun begitu, menurut hasil kaji selidik Seks Durex (2002) dalam (Siti Aisyah, 2016), remaja Malaysia yang berusia 18 tahun ke bawah kerap melakukan hubungan seks iaitu sebanyak 135 kali setahun.
  • Situasi ini berlaku disebabkan oleh kurangnya penghayatan agama oleh pelajar, mereka tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kanak-kanak lagi sehingga mereka tidak takut dan peduli terhadap konsep dosa, syurga dan neraka.
  • Pelajar tidak memiliki kesedaran agama apabila terlibat dalam tingkah laku lucah, bagi mereka dosa yang mereka lakukan kelak akan diampunkan kerana masih memiliki umur yang panjang.
  • Pelajar juga tidak melakukan Ibadah solat sehingga berlaku keruntuhan iman yang membawa mereka ke lubang dosa seperti melakukan tingkah laku lucah ataupun hubungan seksual.

PELAJAR

KESAN-KESAN

Ketagihan seks

  • Ketagihan seks boleh berlaku secara berperingkat. Kebiasaanya, remaja akan akan terjebak dalam aktiviti menonton pornografi dahulu sebelum terjebak dengan kegiatan seks.
  • Ketagihan pornografi ini meningkatkan imaginasi pelajar mengenai kegiatan seks dan seterusnya akan menyebabkan keinginan untuk mengalaminya sendiri di dunia sebenar.
  • Kesannya, kes kehamilan luar nikah dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Keadaan ini juga akan membawa kepada implikasi buruk kepada imej keluarga pekerja yang terbabit.
  • Terdapat juga sebahagian remaja yang terlibat didorong oleh perasaan cinta dan sayang terhadap pasangan namun lama-kelamaan bertukar menjadi ketagihan.
  • Meskipun rasa bersalah dan berdosa, remaja yang mengalami ketagihan ini sukar meninggalkan kegiatan pornografi dan seks.
  • Peningkatan seks dalam kalangan pelajar juga akan menyebabkan penularan penyakit berjangkit seperti HIV dan lain-lain.

Menjejaskan pembelajaran

  • Remaja yang terlibat dengan masalah seks akan berasa seronok setiap kali menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini.
  • Bagi sesetengah pelajar, aktiviti ini boleh menjadi hobi untuk mengisi masa lapang mereka. Misalnya, remaja yang ketagihan tontonan pornografi akan menonton pornografi sehingga larut malam.
  • Keseronokan yang diperolehi akan menyebabkan mereka lalai daripada mengulang kaji pelajaran dan seterusnya akan menjejaskan prestasi pembelajaran di sekolah.
  • Menurut Dr Siti Fatimah Abdul Ghani, ketagihan pornografi yang melampau boleh menyebabkan kerosakan saraf otak dan menjejaskan ingatan seseorang (Berita Harian Online, April 2018).
  • Kesannya, pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami dan mengingati isi pembelajaran di sekolah. Seterusnya akan memberikan kesan kepada perkembangan akademik pelajar di sekolah.
  • Hal ini disokong oleh kajian Ragunathan (2000) dalam Fatimah (2007) yang menyatakan bahawa murid yang terjebak dengan masalah sosial akan memperolehi pencapaian yang sederhana sahaja manakala murid yang tidak terlibat dalam masalah sosial lebih berpotensi untuk mendapatkan pencapaian akademik yang lebih tinggi.

Menggangu emosi

  • Remaja yang terlibat dengan salah laku lucah akan berasa malu apabila tindakan mereka diketahui orang lain seperti keluarga, jiran dan rakan-rakan.
  • Selain itu, mereka juga akan rasa bersalah dan kesal dengan tindakan mereka kerana melakukan perkara yang ditegah agama khususnya kepada remaja yang beragama Islam.
  • Remaja yang terlibat dalam salah laku lucah ini juga akan berhadapan dengan pandangan buruk daripada masyarakat. Kesannya, remaja ini akan berasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat.
  • Remaja yang menjadi mangsa pula akan berasa kesan dan sedih kerana maruah dan harga diri telah tercalar.
  • Kesemua ini akan menyebabkan remaja mengalami tekanan emosi dan boleh menyebabkan kemurungan dalam jangka masa yang panjang.

SEKOLAH

Home

Imej sekolah terjejas

  • Peningkatan kes salah laku lucah di sesebuah sekolah akan menjejaskan imej dan nama baik sekolah kerana sekolah akan dilabel sebagai sekolah yang bermasalah.
  • Prestasi sekolah juga menjadi semakin merosot kerana pelajar yang sering melakukan kesalahan seperti tingkah laku lucah akan direkodkan dalam buku disipilin. Kesannya, sekolah yang mempunyai rekod masalah disiplin yang tinggi dan peratus pelajar bermasalah akan memberi impak kepada carta kedudukan sekolah di antara daerah.
  • Masyarakat akan memandang rendah dan mempertikaikan keupayaan sekolah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berakhlak.
  • Kesannya, sekolah akan dipinggirkan dan tidak lagi menjadi sekolah pilihan masyarakat. Hal ini akan menjejaskan bilangan kemasukan pelajar baru ke sekolah tersebut kerana ibu bapa tidak akan memasukkan anak mereka ke sekolah tersebut kerana risau sekiranya anak-anak mereka turut terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini.

Pencapaian akademik terjejas

  • Pelajar yang ketagih dengan seks akan sentiasa memikirkan hal berkaitan seks sepanjang berada di sekolah tanpa menghiraukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Pelajar yang berhentikan sekolah akibat daripada kehamilan dan terlibat dalam melakukan tindakan lucah akan ketinggalan dalam pelajaran. Kesannyaa, masa depan mereka akan terjejas kerana pendidikan yang terbantut.
  • Hal ini demikian kerana, kemerosotan prestasi murid secara berterusan akan mempengaruhi keputusan mereka semasa menduduki peperiksaan yang besar seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Keputusan bagi kedua-dua peperiksaan ini akan digunakan untuk menilai kedudukan sekolah di sesebuah daerah dan negeri.
  • Oleh itu, keputusan pelajar yang kurang baik akan menjejaskan kedudukan sekolah yang biasanya dinilai melalui keputusan peperiksaan yang besar.

Beban guru meningkat

  • Guru dan pentadbir sekolah terpaksa merancang banyak program kesedaran dan intervensi yang memakan masa dan belanja yang banyak untuk meningkatkan akhlak dan sahsiah murid sekaligus menangani masalah tingkah laku lucah ini.
  • Selain mengajar dan menguruskan hal ehwal murid, guru dan pentadbir sekolah juga terpaksa meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan yang berisiko menjadi sarang maksiat untuk mengawal kes salah laku lucah dalam kalangan murid.
  • Guru juga perlu berhadapan dengan pelajar dan ibu bapa pelajar yang terlibat dalam tingkah laku lucah setiap masa.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

IBU BAPA

  • Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan budi pekerti anak-anak amat ditekankan bagi membentuk generasi yang berguna dan berwawasan.
  • Menurut Rohayati (2004), kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan.
  • Ibu bapa bukan sahaja menumpukan tanggungjawab mereka dalam memenuhi keperluan dari segi fisiologi sahaja iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal, malah keperluan keselamatan dan kasih sayang amat penting dalam mewujudakan suasana harmoni dan bahagia. Ini selaras dengan teori yang dikemukan oleh Maslow (1962), dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menggariskan keperluan-keperluan hidup manusia yang bermula dari keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan pencapaian hasrat kendiri.
  • Ibu bapa perlu mengambil tahu hal anak mereka khususnya, kawan-kawan anak mereka, dengan siapa mereka bergaul, dan memantau penggunaan dan memberi garis panduan yang khusus dalam penggunaan gajet seperti komputer riba dan telefon pintar. Ibu bapa juga perlu menyibukkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti belajar, bersukan dan aktiviti masa lapang dengan pelbagai hobi. Keadaan ini, bertujuan untuk mengelakkan anak-anak mempunyai masa lapang yang terlalu panjang hingga membolehkan mereka mengisi masa tersebut dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
  • Ibu bapa juga berperanan dalam memantau aktiviti anak-anak ketika berada di luar rumah. Khususnya, jika mereka sudah memiliki kawan remaja perempuan bagi anak lelaki atau remaja lelaki bagi anak perempuan. Sekiranya, terdapat pelanggaran pencegahan yang dicadangkan oleh agama, ibu bapa wajar membuat keputusan yang terbaik untuk anak mereka agar anak mereka dikahwinkan segera untuk menyelamatkan mereka daripada terjebak kepada zina dan maksiat.

SEKOLAH

  • Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menangani pencegahan tingkah laku lucah dalam kalangan remaja sekolah.
  • Pihak sekolah boleh merancang langkah pencegahan dengan bekerjasama dengan masyarakat atau agensi luar dalam membendung masalah ini.
  • Mengadakan program-program sosial untuk mengisi ruang masa pelajar dengan perkara-perkara yang berfaedah. Antara aktiviti yang sesuai seperti khidmat masyarakat, kem jati diri, kem kepimpinan, aktiviti sukan, kembara dan sebagainya. Segala aktiviti yang diadakan ini, sedikit sebanyak mampu mengelakkan pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
  • Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang mampu membentuk jati diri pelajar perlulah dirancang, disusun dan di atur oleh guru secara sistematik agar ia memberi kesan yang tinggi kepada nilai dan sahsiah pelajar yang terlibat. Kekangan dari segi dana dan masa bukanlah satu alasan yang digunakan untuk mengelak dalam melaksanakan program-program tersebut.
  • Kerjasama dengan masyarakat juga agensi luar perlu diperkasakan untuk memasyarakatkan sekolah itu sendiri. Program ini juga, amat ditekankan seperti dalam anjakan yang kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

Home

AGAMA

  • Peranan agama dapat dilihat dengan cara mengajar pelajar untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, menurut Adam & Gullotta (1983) menyatakan agama memberikan perlindungan dengan rasa aman, terutamanya bagi golongan remaja yang sedang mencari identiti dan personaliti mereka. Maka dengan itu, perlunya ada sesi kaunseling Islam kepada pelajar yang terlibat dengan masalah tingkah laku lucah ini.
  • Menurut Ali Yacob (1995) dan Mohd Sharif (1998) kaunseling Islam adalah satu proses pertolongan yang diberikan untuk menolong meredakan permasalahan yang berkaitan dengan psikologi yang telah mewujudkan tekanan perasaan seperti takut, sedih dan sebagainya.
  • Dalam konteks menangani masalah tingkah laku lucah ini, guru kaunseling, ibu bapa atau ahli kaunseling perlu menerapkan kaunseling Islam dalam setiap sesi kaunseling yang diberikan kepada pelajar yang terlibat dengan masalah ini. Para kaunselor boleh mengingatkan kepada murid-murid yang terlibat tentang cara memuhasabahkan diri dan mengingati mati dan bertaubat nasuha agar mengelakkan kesalahan dahulu berulang.
  • Penerapan nilai agama dalam diri seseorang juga akan menjadi dinding kepadanya untuk tidak mudah terjerumus ke dalam lembah kesengsaraan. Oleh itu, proses penerapan nilai agama ini bukannya satu proses yang pantas dan mudah. Hal ini demikian kerana, keadaan sosial sekarang yang semakin mencabar ini menyebabkan penerapan nilai-nilai agama perlu dilakukan sejak dari rumah lagi. Perkara ini penting kerana penerapan agama dari rumah akan membantu anak-anak berkembang secara maksimum yang bersesuaian dengan ajaran Islam (Majid&Andayani, 2004). Maka dengan itu, ibu bapa terlebih dahulu perlu memantapkan diri mereka dengan ilmu agama agar dapat menjadi teladan kepada anak-anak mereka tentang kepentingan ilmu agama yang mantap.

1. Sila klik pautan di atas untuk mula bermain kuiz.2. Masukkan kod permainan: dzp385463. Masukkan nama dan mula bermain

AKTIVITI

SELAMAT MENCUBA!

Home

RUJUKAN

Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran. Jurnal Usuluddin. Bil 25, pp. 145-154. Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2018). Ketagihan Pornografi Rosakkan Otak. Berita Harian online. Diakses pada Januari 12, 2020, daripada https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/406081/ketagihan-pornografi rosakkan-otak Hahn’s, Harley. (2002). Internet Insecurity. Malaysia: Pearson Education, Pte. Ltd. Kamarul Azmi Jasmi. (2017). Masalah Seksual Dalam Kalangan Remaja Dan Penyelesaianya. Diakses pada Januari 10, 2020 daripada https://www.researchgate.net/publication/317105967_Masalah_Seksual_dalam_Kalangan_Remaja_dan_Penyelesaiannya Mahmood Nazar Mohamed. (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohamad Faizal Mohammad & Mohd Zaki Ishak. (2014). Gejala Hubungan Seks Dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes. Diakses pada 12 Januari, 2021, daripada https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Mohamad_Faizal.pdf Mohamad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). My Health. (23, Januari). Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Bandar. Diakses pada Januari 10, 2020 daripada http://www.myhealth.gov.my/pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-bandar/

O’Sullivan, L.F, Meyer-Bahlburg, H.F.L. & McKeague,I.W. (2006). The Development Of The Sexual Self-Concept Inventory For Early Adolescent Girls. Psychology Of Women Quarterly. 30 (2006), 139-149 Robiah Binti Abdullah. (2001). “Akhlak dan Kehidupan Sosial Pelajar-pelajar Islam UTM Yang Tinggal Diluar kampus. Satu Kajian Kes Di Taman Sri Skudai dan Taman Sri Pulai”. (Kertas Projek Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Skudai), H. 8, 72. Roslee Ahmad el at. (2008). Punca, Kesan dan Langkah Untuk Menangani Tingkah Laku Seksual Pelajar Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Diakses pada Januari 10, 2020 daripada https://www.researchgate.net/publication/297713039_PUNCA_KESAN_DAN_LANGKAH_UNTUK_MENANGANI_TINGKAH_LAKU_SEKSUAL_PELAJAR_MENGIKUT_PENDEKATAN_KAUNSELING_ISLAM Ruzieha Abd Halim (2017). Penghayatan Agama Islam Sebagai Mediator Dalam Hubungan Antara Persekitaran Sosial Dengan Salah Laku Seksual Pelajar Islam. Diakses pada Januari 10, 2020 daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/79182/1/RuziehaAbdHalimPFP2017.pdf Santrock (2005). Adolescence. Seven Edition. New Yoek: Mc. Graw Hill Siti Aisha Yahya & Sidar Binti Nasrun. (2016). “Tahap Penghayatan Agama dalam Kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah”. Jurnal Sains Sosial. Kolej Universiti Islam Melaka, Jilid 1, hlmn 17-35.

Home

SEKIAN TERIMA KASIH

Home

Next page

Show interactive elements