Want to make creations as awesome as this one?

Terdapat enam soalan ringkas (aneka pilihan) yang boleh digunakan sebagai pentaksiran formatif bagi tajuk Adab Masuk Rumah (Tafsir al-Quran dan Hadis Darjah 5)

Transcript

Kuiz

MULA

Adab Masuk Rumah

SOALAN 1/6

Salah

Betul

Kita perlulah memilih waktu dan keadaan yang sesuai untuk berziarah

SOALAN 1/6

Tahniah! Jawapan anda betul!

Penjelasan: Untuk menziarahi orang, kita perlulah memilih waktu dan keadaan yang sesuai.

SOALAN 2/6

Menekan loceng di pagar rumah untuk memaklumkan kehadiran

Melangkah dengan kaki kiri

Memberi salam sebelum masuk ke rumah

Yang manakah bukan contoh adab masuk rumah?

SOALAN 2/6

Tahniah!

Penjelasan: Adab untuk masuk ke rumah adalah dengan melangkah dengan kaki kanan. Bagi keadaan di mana rumah berpagar dan mempunyai loceng, penggunaan loceng merupakan salah satu cara untuk memaklumkan kehadiran kita kepada tuan rumah. Ianya boleh digunakan bagi menggantikan salam kepada tuan rumah yang bukan beragama Islam.

SOALAN 3/6

menghormati tetamu

mendoakan kesejahteraan tuan rumah

mengikut sunnah nabi

Faedah mengamalkan adab masuk ke rumah ialah

SOALAN 3/6

Tahniah! Jawapan anda betul!

Penjelasan: Adab masuk rumah ialah sunnah Nabi Muhammad SAW. Mengamalkan sunnah akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, kita perlu mengikut amalan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian kita.

SOALAN 4/6

Membolehkan kita mengetuk pintu dengan senang

Mencegah kita daripada terlanggar dengan pintu ketika dibuka

Mengelakkan kita ternampak keadaan dalam rumah orang tersebut

Yang mana satukah bukan sebab kita dilarang untuk berdiri di hadapan pintu ketika memberi salam?

SOALAN 4/6

Betul!

Penjelasan: Meskipun memudahkan kita mengetuk pintu dengan berdiri di hadapan pintu, akan tetapi kita dilarang untuk berbuat demikian ketika memberi salam. Antara sebabnya ialah bagi mengelakkan diri kita ternampak keadaan rumah yang diziarahi dan mengelakkan kecederaan sekiranya tuan rumah membuka pintu.

SOALAN 5/6

sunat

harus

wajib

Hukum memberi salam adalah

SOALAN 5/6

Jawapan anda betul!

Penjelasan: Hukum memberi salam adalah sunat, tidak melebihi daripada 3 kali.

SOALAN 6/6

wajib

harus

makruh

Hukum meminta izin dengan tuan rumah yang bukan beragama Islam adalah

SOALAN 6/6

Tepat sekali!

Penjelasan: Hukum meminta izin untuk masuk ke rumah yang bukan milik kita adalah wajib meskipun tuan rumah bukan beragama Islam.

Tahniah!

Anda berjaya menjawab semua soalan dengan betul

KEMBALI

Jawapan anda tidak tepat

Cuba lagi!

Jangan putus asa.